Who Am I

I'm just a moderate lil lady who has big expectations n will give a hundred n ten percent of her effort to achieve each n every one of em....

Friday, August 27, 2010

CARA MENGHADAPI TENSION

Also an email from Amy.... This has helped me... Hope it does the same to you....

Bismillahirrahmanirrahim

CARA MENGHADAPI TENSION

Petikan:
" Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan. Setiap takdir Tuhan ada hikmahnya untuk kebaikan manusia itu juga. Terimalah ujian dari Tuhan secara positif, hati kita akan tenang."

Setiap hari, ada-ada sahaja perkara yang mencabar kesabaran dan menekan jiwa kita. Anak meragam, suami buat acuh tak acuh, isteri merajuk atau meragam, rakan sepejabat mengumpat di belakang, perniagaan tidak menguntungkan, saham jatuh nilai dan lain-lain lagi. Begitulah nasib kita manusia.Sejauh mana pun kita cuba untuk mengelakkan perkara-perkara yang mengganggu keselesaan kita, ia tetap akan berlaku juga.

Sebagai makhluk yang diciptakan, sedikit pun kita tidak ada kuasa untuk menolak ketentuan Tuhan. Kalau Tuhan mahu kita sakit, walau bagaimana sekali pun kita cuba menjauhi penyakit, kita tetap akan jatuh sakit. Kalau Tuhan tidak mahu kita jadi kaya, walau bagaimana sekali pun kita mengusahakan kekayaan, ia tidak akan dimiliki juga. Sememangnya usaha manusia itu tidak dapat menentukan apa-apa.

Lantas, persediaan apa yang perlu kita buat untuk menghilangkan tension ketika menghadapi pelbagai bentuk nasib 'malang' yang pasti menimpa kita?

Antaranya ialah:
1. Mengenali diri kita sebagai penerima nasib malang itu dan juga mengenali Allah sebagai pemberinya. Kita harus kenal bahawa diri kita adalah hamba ciptaan yang sangat lemah dan
tidak ada apa-apa. Malah dalam penciptaan diri kita sendiri, kita tidak ada campurtangan, tidak ada tanam saham, langsung tidak ada memberi modal sama sekali. Keputusan untuk mencipta diri kita sendiri pun semuanya dibuat oleh Allah. Selain daripada seluruh badan kita yang begitu unik dan kompleks itu, Allah jugalah yang memberi kita daya usaha, fikiran dan perasaan. Lantaran itu, apabila Allah timpakan sesuatu kesusahan ke atas diri kita, inilah peluang untuk kita sedar bahawa diri kita adalah hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa kuasa. Mungkin selama ini kita rasa berkuasa, rasa mampu dan rasa boleh, sehingga kita terlupa untuk bergantung dan berharap kepada Allah.

2. Setiap takdir Allah ke atas kita, selain kekufuran, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran.

Antaranya ialah:
 a. Kalau Allah sekali-sekala sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik dari Allah.
"Antara maksud-maksud baik Allah ialah Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita, Dia mahu kita ingat-ingatkan kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat, Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita menjadi orang yang lebih prihatin dan simpati. Dia juga mahu kita lebih bergantung dan berharap kepada-Nya."

b. Kalau Allah sekali-sekala miskinkan pula, tentu ada maksud pendidikan juga...
"Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dia mahu kita rasai penderitaan orang miskin. Dan tentunya Dia mahu kita meneliti balik segala tindak-tanduk kita, apakah kita sudah melakukan apa-apa kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan Allah tidak membantu kita."

c. Begitu juga apabila kita sekali-sekala dihinakan.
"Mungkin Allah mahu kita bertaubat kerana kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di dalam hati kita. Atau Allah sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat kita di sisi-Nya."

d. Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan. Penyakit-penyakit inilah yang membuatkan kita tension. Bila tension, barulah kita tahu kita siapa. Kalau sebelum ini nampak lemah lembut, bila tension kita boleh jadi marah-marah tak tentu pasal. Kalau selama ini nampak sabar sahaja, bila tension kita boleh bertindak di luar batasan. Pendek kata, segala sesuatu yang ditimpakan ke atas kita adalah untuk kebaikan diri kita. Dia mahu mendidik setiap kita agar kita kembali kepada-Nya sebagai hamba yang diredhai-Nya. Dengan ini, kita akan terselamat dari kemurkaan-Nya.

3. Hendaklah pandai menerima ketentuan dan takdir Allah secara positif supaya hati kita akan tenang dan kita juga akan mendapat hasil yang positif daripadanya. Sebaliknya, kalau kita menerimanya secara negatif, hati kita akan tertekan dan tension dan sudah tentu kita juga akan mendapat hasil yang negatif.

Contohnya:
Kita ditakdirkan mendapat anak-anak yang nakal. Setiap hari, ada sahaja kelakuannya yang sangat mengganggu kita. Kalau kita menerimanya secara positif, kita akan berkata kepada diri kita, "Kerana dosa akulah anak-anak aku ni nakal. Allah buat seperti ini untuk membersihkan dosa-dosa aku yang lepas." Ataupun kita boleh berkata begini, "Allah beri aku ujian ini untuk memberi aku pahala sabar. Kalau aku sabar, bukan sahaja aku akan dapat ganjaran di sisi Tuhan tetapi yang lebih penting, aku dapat mendekatkan diri kepada Allah."

Kalau beginilah penerimaan kita, tentulah kita tidak akan marah-marah atau berleter-leter, merotan dan menghukum anak di luar batasan atau mengamuk-ngamuk kepada suami kita pula. Sebaliknya, kita akan terus-menerus menasihatinya dengan baik dan mendoakan anak kita agar dia menjadi anak yang soleh satu hari nanti. Dan lazimnya, berkat baik sangkanya kita kepada Tuhan, anak itu akan menjadi anak yang baik apabila dia besar.

Ini selaras dengan firman Tuhan yang maksudnya:
"Aku di atas sangkaan hamba-hamba-Ku ke atas-Ku."

Penerimaan yang negatif pula ialah kita akan merungut-rungut kerana nasib yang ditimpakan itu, kita akan bersikap marah-marah serta melepas geram dengan menghukum anak serta terbawa-bawa sikap marah itu kepada orang lain. Hati kita mungkin berkata, "Kenapalah Tuhan berikan aku anak yang senakal ini," atau kita akan berkata, "Tak guna dapat anak macam ni. Bukannya menyenangkan, menyusahkan saja."

Akibat didikan yang kasar itu serta sangkaan-sangkaan yang buruk terhadap Allah, anak itu bila besar kelak akan menjadi anak yang tidak baik akhlaknya. Tension yang kita hadapi bila anak itu kecil akan terus kita hadapi sehingga dia besar. Bukan sahaja anak yang rugi, kita juga akan turut rugi sama. Ini semua kerana buruk sangkanya kita dan tidak pandainya kita menerima takdir Allah.

Lantaran itu, terimalah segala takdir Allah dengan sebaiknya. Anggaplah setiap takdir itu sebagai didikan terus dari Allah dengan penuh kasih sayang. Dengan sikap sebegini, hati tidak akan tension, kita dapat menambah rasa kehambaan serta dapat pula mengungkai sifat-sifat yang tidak baik dalam diri kita dengan lebih cepat. Malahan kita juga tidak akan mengakibatkan kesan tidak baik kepada orang di sekeliling kita.


Ampun Maaf.
Sumber Rujukan : Ust. Hj. Ashaari Muhammad

This is the reality...

Was just clearing old emails n saw this. Just like to share it with u guys.... Thanks Amy for the email:

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih...kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....

kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring

Is it true???? Are MEN SENSITIVE? Hmmm.....

Had a chat this morning with a dear friend of mine. In the chat, suddenly our topic revolve around Men and she mentioned that Men can be sensitive or MAYBE only this Guy is sensitive? *wink*wink*.... Hmmm.... Do I smell sweet stuff here? :D Anyway, can Men be sensitive? What is the definition of Sensitive actually? Does Sensitive means Romantic? Caring? or what? And what does Caring means? Does it means before logging off or hanging up, they say TAKE CARE? (Hihihi - private joke between myself n my dear friend) I mean, before marriage, memang lah kan? But after marriage, welllll... Okaylah, let's relate to the best example that involves technology, conversation through SMS.

Beginning of Marriage.
G: Abang balik pukul berapa ye?
B: Abang balik lepas kerja sayang, abang abis kerja pukul 5.00. Jam dalam 1 jam 15 minit, lepas tu abang singgah isi minyak dalam 15 minit. Masuk traffic light kena lampu merah dalam 5 minit, jadi pukul 6.35 abang sampai ye.

1 year after marriage (1 kid)
G: Abang balik pukul berapa?
B: Lepas kerja, isi minyak terus baliklah.

3 years after marriage (2 kids)
G: Blk kul pe?
B: Lps keje

6 years after marriage (5 kids)
G: Blk kan?
B: K

Did I hit any sore spot anyone? :D
Undergoing MyBlogLog Verification

Hellllloooooo..... U think only U are busy ka?

U know what??? Sumtimes it iritates me when CERTAIN people think that ONLY they are busy where as the others namely ME lah to them just GOYANG KAKI. Well! Exxxcuuuuuseeee me..... Grow up n open ur eyes. EVERYONE is busy n EVERYONE have things to do in their life. Our lives doesn't only revolve aroundddd you.... So! Pleaseeee wake up! n try to treat people better, if you can lah.....

Thursday, August 26, 2010

Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .

Wahai suami2,
Jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
Jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Wednesday, August 25, 2010

Peekabooo....

Been so so busy lately n can't find the time to update. Maklumlah 31st August just around the conner kan. And then been ill these past few days. But just to inform that I'm very much alive, I peekaboo kejap.... :D And then just to also inform, I've finally got my office... yeay... One step forward. No turning back now.... Insyaallah, Allah be with me... Got to go. Will update as soon as I can... Nothing to show off today coz I've finally got my camera working n everything's is in there n got no time to upload the pics. So, cheerio....

Wednesday, August 18, 2010

Cik Minah Adhoc....

Semalam Cik Minah not feeling well... Not feeling well tau... Bukan sewel.... Hihihi.... Cik Minah tak sewel, sengal je terkadang tu.... Anyway, ingat malas nak masak. Maklum le sakit perut, selsema, batuk, sakit tekak... Ish! cam teruk nau laks bunyi nyer yek. Ahaks... Over acting jek rasanyer tapi memang selsema n sakit perut le.... Pastu nak gi pasar ramadhan, aisaymen... ujan appak lebat la pullakkk.... Ish ish ish... Tanya hubby nak makan ape? Dia kata kiter goreng je lah kuih-kuih frozen kiter yang ade dalam freezer tu... Eeee Cik Minah dah le suare seksi meksi cam Ratu Rock Ella, nak kene makan bende bergoreng laks... Oooo no no no... Makanyer Cik Minah pun menggagahkan diri dan menjelmakan dirik Cik Minah sebagai Superwoman dan Cik Minah pun masaklahhhhhhh..... Jeng jeng jeng..... MIHUN SUP ajeee.... Heh heh heh. Mihun Soup Seafood namanyer sibab Seafood jek yang Cik Minah letak coz itu je yang ada... Maklum le adhoc punyer cooking.... Sayur apa pun tadak... Ini lah hasilnyer.... 

Tuesday, August 17, 2010

Ini yang Cik Minah tak gemor.....

Cik Minah nak tanya le kat U Alls U Alls kan.... Kenapa ek bila kiter buat benda tak ellok, cepattttttttt jek orang ngikut! Biler kiter buat bende hellok, ade orang pandang? Ade orang ikut? Puji laaaaagi le jauh kan??? Kekadang tu kan rasa sakit atiiiiiiii sangat biler bende-bende camni terjadi. Iyye leeee kiter ni kan manusia. Ade le salah silap nyer... Kalau tak pernah buat salah tu, bukan le manusia namanyer.... Ittu MALAIKAT... Coberrrrr le pikir sket yek.... Cik Minah lepas geram..... Sori... Emo sket!.... Tu yang kaler merah tu.... ;P

Cik Minah ilang????? Cik Minah Malas????

Assalammualaikum.....

Cik Minah ilang? Cik Minah malas? Cik Minah "hot hot chicken poop"? Idak le.... Ekcelli Cik Minah is not feeling well at the moment. Sakit peyut..... Tak tau le kenapa.... Smenjak ari Jumaat lagi. Cam menggodak-godakkkk jek.... Nak kata gastrik, tak pernah laks berlapau... Ke terlebih kenyang kottt...... Ahaks. Tapi ari ni dah alhamdulillah le, dah kurang sakitnyer.....

Dalam pada sakit-sakittt tu, ade gak Cik Minah masak tauuu.... Sebab sekarang ni kurang criter criti kan, makanye Cik Minah tunjuk gambar je lah ye.... Maklum le ujung minggu tak sehat, maka tak banyak coverage dapat buat.... So, takde le laporan dari Channel CMM.... Jangan marah you.... Ingat Mat Salleh jek ade CNN, Cik Minah pun ade CMM tawwww..... Hahaha....





Kenapa yek sambal belacan Cik Minah roper gini yek? Sibab Cik Minah takde lesung.... Tinggal kat kampung... Pastu apa lagi, Cik Minah dengan bangganyer gi le blend.... Ini lah hasilnyer.... Oh! Lihatlah donia... Hahaha.... Tak sempattttttt nak beli lesung.....

Friday, August 13, 2010

Komen Cik Minah...

Tadi Cik Minah dapat sketsa dari kakak Cik Minah. Nak share le sket. Jap eh!
Hmmm... Mungkin Sekolah yang ditubuhkan di Melaka tu macam ni la ye? Pastu ari ni dengar lagi cerita pasal buang bayi lagi! Mencik lah! Tapi dalam pada itu, Cuba baca petikan kat bawah nih. Buang bayi boleh dihukum mati. Cik Minah likeeeeeee......



Buang bayi boleh dihukum mati
Posted on the August 13th, 2010 under Berita, Jenayah, Tempatan by Syedz

KERATAN Kosmo! semalam.

KUALA LUMPUR Polis diarah menjalankan siasatan terhadap kes buang bayi sebagai percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat boleh ditakrifkan sebagai kes bunuh yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, arahan terbaru itu diputuskan selepas isu mengenai kes buang bayi dibangkitkan oleh kementeriannya pada mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

Menurut beliau, kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes tersebut kerana kejadian pembuangan bayi masih berleluasa walaupun pihak berkuasa telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menangani masalah itu.

Sehubungan itu, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diminta untuk menyiasat kes-kes ini sebagai kes percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat, sebagai kes bunuh, katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bagi kesalahan membunuh dengan niat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sesiapa yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori manakala di bawah Seksyen 307 kanun sama iaitu cubaan membunuh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

kredit : kosmo.com.my


Aduyai sakitnyer perut Cik Minah....

Naper le sakit sangat perut Cik Minah ek? Dari malam tadi sampai le ke la ni tak baik-baik... Ehmmm adakah kerana perut Cik Minah terkezut kerana Cik Minah masak??? I wonder. Waaaah kalau betul, ini sudah kire can baik nih! Boley cakap dengan hubby gini, "By, orang bukan tak nak masak tapiiii cuber tengok, bile orang masaaak jek sakit perut. Macamana?" Ayu je Cik Minah rasa diri Cik Minah apabila berkata-kata sedemikian rupa. Hihihi...

Cik Minah Jamukan mata U Alls....

Alhamdulillah setelah berhari2 Cik Minah berkeinginan nak masak sendiri untuk buka and sahur, semalam terlaksana jua... Oh! lihat lah donia.... Bangga nih dengan achivement Cik Minah nih. Maklum le bukan senang Cik Minah nak masuk dapur....




Thursday, August 12, 2010

Selamat Berposer from Cik Minah...

Ramadhan is here... Alhamdulillah Allah has given me the chance to meet up with this month full of Barakah. Hope yours too are filled with all the keberkatan that Allah can offer.... Selamat berpuasa U Alls...

By the way, untuk memulakan Ramadhan yang mulia ni kan, Cik Minah dah siap beli jam loceng untuk bangun sahur. Hahaha... Comel tak?

Company Cik Minah...

Alhamdulillah... Finally tercapai cita-cita Cik Minah nak bukak Company. Company Cik Minah namanyer CMC Solutions. Abbreviation of CIK MINAH CEKAP SOLUTIONS. Hahaha.... Takdelah... Corporate Management Consultants Solutions. Cik Minah practice Company Secretary n Accounting sket2. Hopefully I can handle it.... Doakan Cik Minah ye... Ini surat branak Co Cik Minah.

Penatnyer Cik Minah....

Assalammualaikum.....

Ni entry untuk kenapa takde entry dari Cik Minah pada 10 Ogos yang lalu. Ya Allah, Cik Minah sangat-sangat bizi U Alls U Alls.... Mesti U Alls kata amende leee yang si Cik Minah bizikan tu kan? Meh! Cik Minah citer sket. Ari Selasa ari tu kan hari akhir sebelum poser. Makanyer Cik Minah pun nak nyettlekan le kojer2 Cik Minah yang Cik Minah dok tangguh slama nih! Kul 10.00 pagi kluar rumah, kul 7.30 malam baru balik tawww. Imagine leeee..... Pagi tu, Cik Minah gi HSBC, nak ngorek lubang. Ape tu??? Mesti itu yang bermain-main di head brain U Alls U Alls kan? Alaaaa korek lubang tu dalam bahasa saintipiknyer Loan Application leeee. Ha ah Cik Minah nak buat loan untuk memula perniagaan Secretary Cik Minah le... Alhamdulillah dah ade permulaannya. Pastu Cik Minah ke MSIG, renew Insurance kereta. Lepas tu pegi SSM, register Company Cik Minah (Tu citer lain laks....), Pastu gi ke pejabat post lak, renew Roadtax keta Cik Minah. Letihnyer Cik Minah.... Malam ingat nak menghupdate keletihan Cik Minah ni tapi dah tak larat.  

Monday, August 9, 2010

Tambahan Reta Cik Minah....

Ari ni Cik Minah sangat suker sibab Cik Minah berjaya menambah reta karun Cik Minah.... Seronoknyer rasa di hati. Cantik tak?

Cik Minah Marathon Private Practice....

Semalam lepas tetamu balik, Cik Minah ingat nak ke PIKOM Fair kat KLCC tapi dah kepenatan la pullakkk.... Bukan penat masak lah.... Heppppp! Sapa kata Cik Minah penat masak???? Cik Minah takat masak-masak nih, no hal punyer lah cuma tak berapa nak rajin jek.... Anyway, penat sebab ari Sabtu ari tu, ektibiti full giler. Nak listing pun tak larat... Apetah lagi nak mengingatkan.... Cukup lah kalau Cik Minah kata ektibiti Cik Minah full. Mana tak fullnyer, keluar rumah kul 9.30 pagi, Sampai rumah balik, kul 9.30 malam. Cam opes hour lak koooo.....

Sebab dah penat tu kan, Cik Minah pun santai le lepak depan TV tengok DVD Cik Minah, citer Private Practice, Season 3 tawww... Lom tayang lagi kat Mesia nih... Sker Cik Minah. Tapi Cik Minah tak puas ati aaaa kat Violet tu... Tau le dia trauma tapi agak-agak ahhh.... Dia langsung takmo pandang anak dia! Ish Ish Ish... Pastu sesenang atiiiiiiiiiii jek bagi anak dia kat orang. Sib baik dia bagi kat boyprend dia yang kebetulan father kepada budak nih. Ish! Kalau bagi kat Cik Minah pun takpe kan? Ooooo Cik Minah luper bagitau lagi eh? Cik Minah dah Happily Married for 11 years n this coming 4th September would be my 12th Anniversary but until now, Cik Minah lom dikurniakan cahaya mata. Sedey tu memang le sedey but rezeki lom ade kot. Anyway, ade orang suggest suruh amik anak angkat. I badly want that but Cik Minah nak baby girl, if possible. Tapi biler Cik Minah pikir-pikir, kalau Cik Minah amik baby girl, she won't ever be halal with my hubby unless dia ade ibu susu with my hubby's sister. Kalau baby boy, Cik Minah boley jadi ibu susu n he'll be halal with me n hubby. Ntah lah... Nanti le, Cik Minah ingat, Raya ni nanti, Cik Minah nak haruk kakak ipau Cik Minah branak lagi. Boley tu.... What do u think?

Penatnyer Cik Minah.....


Salam....

Semalam Cik Minah tak hupdate yek? Ish ish ish... Bukan aper, Cik Minah pennnatttt.... Semalam kawan baru Hubby Cik Minah datang rumah. Terajin le Cik Minah yang appak bercinta nak masuk dapur nih masuk dapur n main masak-masak. Hasilnyer... Oh! Lihat lah donia.... Yang Meehoon n  Jeruk untuk tetamu n yang lauk-lauk meriah tu untuk Cik Minah n Hubby....

Saturday, August 7, 2010

Malu Cik Minah nak ngaku.... Hmmmm

Ish! Cik Minah tengah merasa malu yak amat sangat ni haaaa...... Kenapa??? Cik Minah malu nak ngaku Cik Minah orang Melaka. Kerajaan Melaka la ni punyer pasal.... Naper leee dia nak buat sekolah untuk budak-budak yang terlebey sudah sosialnyer itu.... Hiiii.... Cik Minah ni bukan aper.... Bagi pendapat Cik Minah la kan, biler diorang provide memacam facility like this kan, macam dia menggalakkaaaan je budak-budak ni melakukan perkara-perkara yang sepesen ini.... Tak cukup dengan itu, dibenarkan pulak budak-budak ni kawin bawah umur.... Halooooo kerajaan Melaka, tak cukup-cukup awak memalukan kami-kami anak-anak Melaka ini.... Alahaaaiiiiiii.... P/S: Kiter tak yah le ungkit pasal Shah Rukh Khan dapat Dato' tu yek, kang lagi le darah Cik Minah go upstairs....

Kalau Cik Minah Humban Boley Tak?

Salam..... Eeeeee geramnyerr Cik Minah malam tadi taww.... Geram geram geram. Rasa nak humbannnnn jek Maxis Broadband Cik Minah ni ke customer service kat KLCC tu. Boley tak? Caj dah le mahal, service takde... Biler kiter call customer service, asyikkkkk le kata, "We are upgrading our service, upgrading our service" Iye le upgrade, upgrade jugak tapi outcome nyer sameeee je Chek Oiiiiiiii!!!! Line tetap Hampeh! Sama lak dengan Astro... Makin lama caj makin mahal, upgrade memanjang taapi ujung-ujung, biler ujan, tetap SERVICES INTERRUPTED. Tengok le wayang sendiri. Wahai Service Provider, pahami lah masalah Cik Minah nih... Bukan Cik Minah tak bayar yang oiii... Ehmmm alahaiii....

Friday, August 6, 2010

Celebration untuk Cik Minah....


Ari ni opes Cik Minah Celebrate saat-saat akhir Cik Minah kat sini. Eh! Cik Minah tak cakap eh??? Cik Minah dah nak brenti kojer. 31 Ogos ni last day Cik Minah.... Tiga Satu Bulan Lapan Dua Puluh Sepluh Hari Bahgiaaaaa... Hari ku Merdeka.... MERDEKA!!!! Cik Minah sangat suker.... Heaven....

Bukan aper... Cik Minah ni dah lama nauu keje dengan orang... Cik Minah nak le rasa cemana kerja untuk dirik sendirik. Cari duit untuk diri sendiri. Idup untuk diri sendiri... I mean, I work 24-7 untuk orang lain buat aper kan? Baik Cik Minah kerje teruk-teruk untuk Cik Minah. Tak Gitu? Lagipun Cik Minah ade target. Cik Minah target, umur Cik Minah 42 nanti, Cik Minah nak jadi antara mereka yang berjaya.... I want to do something for myself which I can be proud of. Insyaallah.... So, Cik Minah buat keputusan drastic le untuk bukak Company sendiri. Company Secretary jugak..... Doakan Cik Minah ye.... :D

Ari ni kitorang gi makan kat Octopus, Ampang Point. Sidap.... Nah Cik Minah siap amik gambar lagi tauuuu nak tunjuk kat U Alls, U Alls..... Jemput tengok yeee.....

Thursday, August 5, 2010

Citer Sedey Kawan Cik Minah...

Ari ni yang benaunyer ati Cik Minah sedey n marah as well! Naper? Sedey ngenangkan nasib kawan Cik Minah. Dia dah lama kawin. Hubby dia very bertanggungjawab la orangnyer n diorang dah dikurniakan a few cahaya mata. Alhamdulillah. But the sad thing is, baru2 ni, nak kata baru, tak baru sangat la. Bout 5,6 months back lah. Dah ade orang lainnnn n latest story plak, they might get together in matrimony. Haiiiiii…. Naper la yek? Cik Minah ni bukannyer bias yang benaunyer tapi frankly speaking la ye, the Hubby tak mampu nak beristeri dua! Tu yang Cik Minah marah tu! He can’t even afford to provide a little bit of luxury to my friend, ada haaati nak provide for no. 2. Pllleaseeee…. Kawan Cik Minah mula2 marah but then dia kata, the Hubby is sooo bertanggungjawab n she loves him so much n she’s also thinking bout her still small children, finally dia pun try to take everything in lah. It seems that new lady is an ANDARTU n loaded n has been giving him things lah kot! So, dengau citer she's not letting go. Naper eh? Cik Minah bukan prejudice dengan andartu tau. Dah takde jodoh kan but cara ini le yang Cik Minah tak gemor. Guna reta donia nak amik hak orang. What do you think? Patut ke tak Cik Minah merasa marah?

Naper Cik Minah bukak Blog….

Cik Minah ni yang benaunyer tak tau naper Cik Minah bukak blog nih. Bukannyer aper, Cik Minah ni pada suatu ketika dulu, Gamer yang hebat dan tersohor lah di pesbuk. Disebabkan kesohoran itulah sampai Cik Minah terpaksa tutup sementara atau bahasa saintipiknyer, tempereri satdaun pesbuk Cik Minah sebab tak jadi kojer. Ajelaaaaa asyik nak mengharvest. Pening leeeee Bedah oiiii…. Cakap je Game ape. Semua Cik Minah tibai. Farmville, Farmtown, Petville, Fishville, Yoville, Frontierville, Treasure Island, Baking Life, World CafĂ©. Perrrgghhh cakap banyak pun tak guna aaaa Beb. Wat meleleh ayag liog Cik Minah jek!!! Tak leh pokus, bak kata omptih. Maka Cik Minah tekadkan pendirian dan matikan ati dan Cik Minah terus tidak memandang ke belakang lagi…. Ate, biler dah tutup tu, rasa cam boringggg la pullak sampai kengkadang tu, nak bukak balik tapi Cik Minah dah janji nak tutup paling2 kurang sebulan. Baru je tutup ari ahad ari tu. Kang molot kengkawan Cik Minah tu berjahang belaka. Maklum le orang Melaka. Kang skali deme sound, mau terluka di lubuk ati Cik Minah yang paling dalam. Perit tu…. Almaklum le Cik Minah ni sensitip... Hahaha.... Menari2 bulu kening Cik Minah dengau Cik Minah sensitip. Takde maknernyer... Maka, Cik Minah pun isilah masa2 lapang Cik Minah dengan melawat2 potopages orang, blog orang. Cam best lak tengok diorang merapu2. Cik Minah rasa Cik Minah ni ade le talent tuk merapu cenggitu kot, tu yang Cik Minah join tu….. Itu le criternyer naper Cik Minah boley terbukak blog nih.

Keje Cik Minah….

Ari ni Cik Minah nak citer sket pasal keje Cik Minah. Cik Minah ni yang benornyer, Company Secretary…. Ala-ala corporate gituk… Ape kebende le Company Secretary ni yek? Mesti soalan itu yang bermain2 di head brain u alls u alls kan? Mesti the first thing yang terlintas kat head brain u alls, Secretary a.k.a P.A to Boss kan? Helllooooo…. Ekkiusssssssss me…. Cik Minah bukan itewwww sebab Cik Minah tak vogi de basss… Cik Minah Vogi De Bab… Hahaha…. Heiiiiiiii! Saper kata Cik Minah gemuk tu???? Beseeeeeee dia…. Bukan Gemuk! Sehattttt atau nama manjenyer Gebussss…. Iyye Cik Minah ngaku Cik Minah Gebus… Tu yang Happy-Go-Lucky tuuu….. Hahaha… Ade Cik Minah kesah orang kata Cik Minah? Bukan diorang yang bagi Cik Minah makan…. Tak gitu?

Opes yang Cik Minah carik napkah, yang benornyer kat Ampang, alaaaa sebelah De Palma Otel, di depannyer Ampang Point… Eh! Cam citer radio zezaman dolu yang No 5, Persiaran 1 tu ek? Pernah dengor citer tu? Tak pernah???!!! Tua beno le Cik Minah ni yek sebab Cik Minah je tau… Alaaahaiii laaa Bedah…. Opes Cik Minah ade 5 orang smuanyer termasuk Boss. Semmmuaaaa pompuan…. :D Mintak mahap la yek, smuaa mak2 dare belaka… Anak dare abis dah…. Sorang tu Boss, Sorang lagi tu orang Perak, kami panggil dia Mami. Ape? Ingat Penang je ade mami? Perak pun ade you. O o o luper bagitau, Cik Minah ni orang Melaka yang benaunyer. Tapi lama bebenor dengan si Mami ni, sampai slang Cik Minah pun sudah tukor. Kuat bebenor pengaruh orang Perak yek. Yang sorang lagi orang Selangor, kiter guna nama Achik S je le yek. Dia ni ade anak kecik. Apppakkk comel. Lamaaaa dah Cik Minah usha nak amik anak dia, sampai sudah idak diberinyer. Alah Cik Minah jaga le bukan nak anaiya pung. Tu Cik Minah slalu kata kat dia, Achik S dekut reta donia. Dah ade 2 anak pun tak nak bagi Cik Minah anak yang kecik nih…. Ehmmm….. Yang sorang lagi pulak, la ni tengah jadi Mak Yong. Kak Chik namanyer (bukan nama sebenor) Ish! Takkan le nama sebenor iye tak? Dia orang Pahang. Itu le citer bebudak opes Cik Minah. Naper yek Cik Minah memperkenalkan kengkawan Cik Minah yek? Sebab kengkawan2 Cik Minah ni smua meriah. So, dari masa ke semasa, mesti adeeeee je citer diorang yang Cik Minah akan citerkan…. :D

Wednesday, August 4, 2010

Saper Cik Minah? Lawyer? Majistret?

Assalammualaikum….. Dimulakan dengan Bismillah…. Disudahi dengan Insyaallah….. (Kenapa Insyaallah ek n bukan Alhamdulillah yek…. Sibabbbbb Cik Minah previously ade le few blogs tapi smuanyer brenti sparuh jalan… atau nama saintipiknyer, Hot Hot Chicken Sh**….. Bukan MALAS TAU!!!!! He ehhhh molot saper kata Cik Minah malas tu!!! Beseeeeeeee dia! Bukan malasss taaapiiii TAAAK SEMPAAAATTTT….
Okay, Cik Minah nak intodius dirik Cik Minah nih:
Yo yo yo…. Cik Minah in the House….. Sapeee le Cik Minah ni yek…. Eccelli kan Mula2 Cik Minah ingat nak wat blog ni untuk professional info… tapi cam, ade keeeee orang nak lawat???? Eh! Yang blog ini, ade ke orang melawat??? Hihihi… (Cik Minah tersipu2 malu…. Ala2 malu2 kucing gitukk…. )